Friday, 6 September 2013

Kenangan ;)

Assalamualaikum...

kali nie aku tertarik utk menulis post mengenai seorang pensyarahku di sini.. bukan kerana rupanya ;) tetapi tutur katanya yang sempoi dan stail dye yg cool gilerrrrrr, membuatkan aku terpanggil utk menulis sedikit coretan mengenai insan ini..

Pada minggu pertama sem 2 bermula, baru kelas add drop je pon, tp kiteorg merajinkan diri pergi ke kelas... seawal 7.30 pagi, kami telah memulakan langkah kami ke bilik komputer di FEP... seawal pkl 8 pg, insan tersebut memasuki bilik tersebut dgn stail 'brutal' dan garang >< first2 da kne marah coz time uh aku ngn geng2 aku pakai baju casual.. aku juz seluar slack itam dgn baju biru UKM... apa yg kiteorg pakai x tepati apa yg dikehendakinya... mule la sorang2 keluar diberikan markah... huhuh.. tyme tu aku bpkr, abis la result final aku ==' pas uh, kami diberikan beberapa 'mukadimah' yg agak 'menakutkan' la jugak.. hahahha.. bile teringat balik ase nk tergelak pon ade, ase nk menangis pon ade... sampai aku sakit perut pon xberani nak mntk izin keluar >< huhuhuh... takut yer pasal...

pas uh, 2nd week, kiteorg diajar ttg words dan sebagainya... apa yang menarik ttg insan ini adalah dye sentiasa ada selingan ;) hehehe.. macam cnth yer, aku nie xley fokus 100% utk pembelajaran, kononnya waktu pembelajaran adalah 3 jam, aku boleh fokus setengah jam lebih sikit jer, pas uh lost.. hahhaah... tp insan ini sangat pandai menarik perhatian kiteorg... beliau akan menceritakan mengenai pandangan dan berkongsi nasihat bersama kiteorg... yg peliknya, personaliti beliau lain drpd hari pertama kami memasuki kls beliau...

dari satu week, ke satu week.... mmg kerja yg diberikan agak payah (coz aku blur bab2 IT nie ) tetapi melalui beliaulah baru aku faham, xsemestinya kita juz blaja satu bidang uh utk dpt lulus je tetapi knowledge yg kita dpt uh amat diperlukan utk masa hadapan... cnth yer, aku juz tahu word jer, excel and accesss..??? erk, apkah?? so, melalui kelas nie la aku blaja benda2 nie.. selain tu, dalam kelas nie jugak, aku dpt bertambah kwn ^^ aku dapat kenal kak su, ai chia, naim, amal and paling bez yer, dalam kelas nie aku hav fun sgt... xstress and its bring a lot memorable moment ('',) truely!

minggu terakhir.... hmmm terasa brt kaki nk melangkah utk meneruskan lagi sisa-sisa perjuanganku di akhir sem 2 (coz pas uh stdy week n EXAM!!!!) xmo, xmo... huhuhuhuh.... cam biasa kelas yer, gelak ketawa, hilang masalah.. hahahhaa... then, pemurnian...... <lupe name> hahahha.. dgn beliau... and terima kasih kerana menjadi seorang insan yg sangat2 mengajar kiteorg erti usaha, tawakal, and nothing that we cant do! JUst BELIeve in urself :)


TERIMA KASIH CIKGU!!!!

EN MOHD DZUL AZZWAN MOHD NOR :)

cc http://s5azzwan.blogspot.com/2012/06/saya-bergurau.html#more
#p/s saya pnjam gambar.. hehehehe


Monday, 12 August 2013

happy eid's Mubarak ^^





Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat islam di seluruhhhhhhh dunia dari kami sekeluarga ^^ 

Thursday, 30 May 2013

Laporan Ekspresi Mahasiswa '13

assalamualaikum ^^

hye, aku nak cerita sedikit tentang program yang telah aku sertai iaitu "Ekspresi Mahasiswa" anjuran Kolej Burhanuddin Helmi bersama Majlis Belia Sukan..

pelbagai aktiviti dan program yang berjaya menarik minat para generasi muda mahupun tua menyertainya.. Antara program yang ada adalah Siswa Corner, IPT Booth Challenge, Pencarian Gadis Jelita REVOC, REVOC Battle Dance, Isu kemanusiaan dan banyak lagi... memang hari yang menyeronokkan dan meletihkan.. huhuhhuuh...

23 Mei 2013 - para sekretariat bergerak ke tapak program untuk menyusun dan melihat tapak (hanya sebahagian sekretariat yang terlibat).

24 Mei 2013 - para sekretariat bergerak semula ke tapak seawal 7 pg bersama 'bantal busuk' dan beg masing-masing (sebab kena tido sana)... seawal 8 pg telah memulakan acara dengan senamrobik, diikuti aktiviti isu kemanusiaan dan disambung pada waktu malam iaitu perasmian "Perasmian Perkampungan Warna - Warni" yang dirasmikan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia Malaysia.. majlis tamat pada pukul 12 tgh malam..

25 Mei 2013 - para sekretariat memulakan aktiviti dengan bersarapan.. heheheh... kemudian program Siswa Corner dan diikuti REVOC Battle Dance... Hari yang banyak pengunjung dan berasa teruja apabila mereka mengunjingi booth - booth kami...

26 Mei 2013 - hari kemuncak bagi Ekspresi Mahasiswa.. pelbagai aktiviti yang telah diaturkan dan dimulakan dengan senamrobik.. kemudian dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan Seni Jalanan (buat kolem) dan kumpulan Pokok inspirasi.... semasa aktiviti ini berlangsung, REVOC Battle Dance final turul berlangsung... pelbagai keletah, kerenah yang dapat dijumpai..

Rumusan - ia merupakan satu aktiviti yang dapat mengekpos para mahasiswa/i kepada dunia luar serta tanggungjawab mereka terhadap masyarakat.

peserta Pencarian Gadis Jelita ^^

Isu Kemanusiaan - flashmob besar-besaran ^^

malam perasmian Perkampungan Warna-Warni ^^

Isu Kemanusiaan - kolam terbesar ^^

senamrobik ^^

sebahagian para sekretariat ^^

Us ^^

MALAM Merah Sedunia ^^

assalamualaikum :)

hye, post kali ni aku nak berkongsi mengenai satu malam yang dikenali 'malam merah sedunia'.... Jeng Jeng Jeng.. xla, sebenarnya, pada 23 Mei 2013 yang lalu, kolej aku telah menganjurkan majlis makan malam (or other words dinner) di Hotel Equatorial, Bangi... masa aku sampai, semua berpakaian merah, (coz tema dia merah) heheheh....

pemandangan, suasana tempat tersebutmemang cantik dan selesa.. rasa xnak balik jer... so, lepas aku sampai, aku bersahama sahabat "Js" aku pon pergi la mendaftar... macam2 'hair style', fesyen yang ada... tetapi disebabkan kekangan masa yang ada, aku n "Js" semua hanya berpakaian ala kadar, orang kata, cukup syarat ^^ huhu... coz pada minggu tersebut kami sibuk dengan aktiviti yang diaturkan...

second time pergi dinner, rasa teruja itu masih ada...(first time at matric).... seronok dapat mengenali ahli burhanese yang lain dengan lebih rapat DAN PALING PENTING, makanan kat situ sedap!!!!

apabila tiba cabutan bertuah, no aku naik... wahhhhhh 'happy' sgt... tp bukan aku naik, kawan aku yg naik =.= sebab dia extraordinary teruja daripada aku.. hahahahahha.... apa pon, aku dapat melupakan keletihan aku sebentar pada hari kejadian.. thanx semua... harap berjumpa lagi tahun hadapan ^^

us ^^

(5 - 2) Js

sebelum keberangkatan pulang ^^

ICAF '13

assalamualaikum...

Untuk pengetahuan semua, pada pertengahan bulan Mei yang lalu, kolej aku telah mengambil bahagian dalam ICAF '13 (Inter-college Arts Festival) dimana ia mempertandingkan segala aktiviti kebudayaan khususnya...

Antara pertandingan yang ada adalah nasyid, teater, perarakan masuk, tarian, band dan sebagainya... untuk makluman dan saja nak bagitahu, kelab TEKAD (sebuah kelab teater) di Kolej Burhanudin Helmi yang tercinta, telah hampir mengondol semua 'awards' dalam pertandingan teater serta dalam lain-lain pertandingan..

seriously, bila teringat balik, kenangan ketika sama - sama kena marah dan sebagainya membuatkan perasaan seronok dalam melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini.. Kelab TEKAD ni macam sebuah famili kecil aku disini dimana ada kakak serta abg senior yang sangat sporting ^^ Masa hari kejadian, kami berjaga sehingga pukul 5 pagi berlatih dan berkumpul semula pada pukul 10 untuk 'setup' barang di Panggung Seni.. memang penat bertambah letih..

Namun segala penat lelah kami membuahkan hasil...

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Pelakon Lelaki Terbaik
Pelakon Wanita Terbaik
Skrip Terbaik
Pengarah Terbaik
dan...
JOHAN TEATER

Lain - lain pertandingan adalah 

Naib Johan Perarakan Masuk
'Make up' Terbaik 

tahniah ^^
para pelakon

The Awards ^^

Pelakon Wanita dan Lelaki Terbaik ^^

Our tiny family ^^

us :))

#pengalaman yang diperoleh hanyalah sekali dalam seumur hidup, maka nikmatilah ia selagi boleh :))


Pembentangan POWER POINT - Episode 2

assalamualaikum... chakkkkk!!!!!

ok macam biasa tentang pembentangan seterusnya iaitu daripada kumpulan jijah!!!!! yang bertajuk, "KASUT"...

Ia merupakan satu tajuk yang menarik sebab aku suka 'shopping'!!!! dan kasut adalah salah satu item yang pasti aku beli bile keluar... ok, back to the story, (da nak menyimpang) pembentangan tersebut merupakan pembentangan yang sangat menarik bagi aku dimana perkara yang aku tidak tahu, aku dapat ketahuinya, (sebab malas membaca) heeee... melalui pembentangan inilah aku mendapat lebih informasi mengenai "kasut"..

Sedikit informasi mengenai kasut :

  • kita digalakkan membeli kasut pada waktu tengah hari kerana pada waktu itu kaki kita mengembang dan memudahkan pemilihan kasut yang sesuai berbanding membeli pada waktu lain.
  • kasut lelaki terbahagi kepada 3 kategori iaitu dress shoe, casual shoe dan sport shoe manakala bagi kasut perempuan pula terbahagi kepada 6 kategori antaranya pumps, wedges dan flats.
  • kaedah terbaik untik memilih kasut adalah memilih kasut runcing yang paling selesa.
  • had ketinggian mimimum tumit bagi semua jenis kasut adalah 2 inci.
  • bentuk, ketinggian tumit, tapak dan tali kasut memberi kesan kepada ukuran fizikal seseorang. Contohnya, menjadikan seseorang itu menjadi tinggi lampai dan kurus.

Pembentangan POWER POINT- Episode 1

assalamualaikum..

Post kali ini aku nak cerita tentang pembentangan yang perlu dilakukan dalam tugasan power point dalam subjek aplikasi komputer. Pada hari kejadian hanya ada 2 kumpulan sahaja yang bentang iaitu kumpulan aku ( kumpulan 12) dan kumpulan 2 ( team jijah).

Masa mula masuk makmal komputer aku da 'start' kelam-kabut.. hahahha... sebab datang lambat ke kelas.. sampai je, tgk dieorg siap beratur nak masukkan hasil kerja dieorg dekat komputer depan.. Maka dgn itu, hahahahhaha aku pon ape lagi bertambah kelam kabut la dengan en azzwan siap 'counting time' lagi.. huhuhuh...

Bila da selesaikan masukkan hasil kerja kiteorg, mulalah proses cabutan undi.. Jeng Jeng Jeng.... "KUMPULAN 12"!!! terkejut teman.. da la baru lepas lega dari kelam kabut tetibe kumpulan pertama pulak yang bentang.. hahahaha... memang hari yang 'paling terindah'... So, kiteorg pergi ke depan dan bentang la tentang tugasan kami iaitu yang bertajuk "Pantang Larang dalam Masyarakat Kaum Melayu, Cina dan India". kiteorg pilih tajuk ni sebab tidak semua orang tahu tentang pantang larang yang wujud dan ini dapat menarik minat kawan-kawan kiteorg yang lain untuk mendengar pembentangan kami..

ok, dengan lafaz 'bismillahhirrahmanirrahim' aku pon mula la pembentangan... memang gabra.. hahah.. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar kecuali video kumpulan kiteorg xde bunyi.. hahahah.. memang 'lawak'... Maka disebabkan itu, hanya 2 kumpulan sahaja yang bentang.. lagi satu kumpulan, aku share dalam post seterusnya ^^

Sedikit informasi Pantang Larang :

  • tujuan - didik masyarakat untuk menerapkan nilai murni dalam kehidupan seharian.
  • perbezaan pantang larang Melayu dan India - pantang larang kaum Melayu hanyalah sebuah pembohongan dimana ia dilakukan supaya masyarakat melakukan perkara yang disarankan daripada melakukan perkara yang dicegah manakala pantang larang kaum India, ia adalah sesuatu perkara yang benar dimana sekiranya seseorang melakukan perbuatan tersebut maka perkara buruk akan berlaku kepadanya.
  • contoh pantang larang kaum Cina - no 6 & 8 yang membawa tuah dan no 4 yang membawa malang.
# to be continued....

Sunday, 19 May 2013

new TREND :) colour blocking :)

assalamualaikum...

hye semua :) hari nie aku nak share tentang new trend iaitu 'colour blocking'..
sebelum itu, tahu x 'colour blocking' tu apa? ok, let me explain.. (ceeewahhhh).. hahahah.. sebenarnya, 'colour blocking' tu adalah gabungan warna-warna yang tiada kaitan langsung.. contohnya, baju warna merah dan seluar warna kuning... dan sebagainya (yang penting blok colour lain2) bagi sesiapa yang hendak cuba warna 'colour blocking' ini, dia mestilah seorang yang berani.. (coz pelik kowt pakai colour len2 =.=) hahah... 

Antara tujuan 'colour blocking' ini adalah :)

Guna untuk menyembunyikan kekurangan tubuh korang. seperti yang kita semua tahu warna gelap mempunyai kesan pelangsing wow! baru la nampak kurus ^^, 
warna blok diperut nampak la x buncit.wuu~ itu aku ^^
warna blok di lengan .. biarlah xnampak lemak lemak kat lengan tu ^^

PERINGATAN!

  • Jangan malu untuk bereksperimen. Setiap kombinasi warna yang hebat jika anda boleh nampak cool. warna. Biru, hijau dan oren nampak garang tapi akan terlihat oh-so-pretty.
  • Jangan menggabungkan lebih daripada tiga hingga empat warna. Ini bukan nampak xcantek, tapi tampaknya ramp'ish sangat '.
  • Pilih apa yang ingin anda blok warna dan sederhana sahaja. Contohnya, jika anda memilih beg yang sudah colorblocked,  pada pakaian dan kasut. warna plain sahaja Anda tidak mahu kelihatan seperti sebuah kubus Rubik, kan?? 
  • term of colourful sangat x menjadi . nak jadik apa?? badut???



contoh :))



senyum VS ketawa

assalamualaikum :)

mari kita berkongsi ilmu ^^

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaan sedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan. 

11 fakta menarik :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.


5. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

6. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

7. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

8. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

9. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

10. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.

11. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK.

KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Kembara Visual

assalamualaikum :)

hye :) akhirnya aku dapat menjejakkan kaki ke studio gempak starz.. seriously memang bez giler.. dekat situ, kami diperkenalkan kepada seorg 'tour guide' kami sepanjang program ini berlangsung... memang happening jer... kami mulakan operasi 'penjelajahan' kami dengan memasuki studio dimana mereka memaparkan karya-karya bagi pelukis dari syarikat mereka sendiri.. contohnya, KEITH, ZINT, KOURU dan sebagainya.. 
kemudian adalah slot kegemaran aku, SHOPPING!! memang murah kowt kalau beli komik dari studio ia sendiri.. setelah penat membeli belah (konon~), akhir sekali adalah slot bersama pelukis mereka.. yang free time tu adalah KEITH dan KOURU.. 
KEITH!!! aku suka giler karya keith.. contohnya LAWAK KAMPUS.. so, bagi penggemar komik, (aku la tu) tidak melepas peluang untuk mendapatkan tandatangan mereka.. memang peramah juga kan :) thanx korang :)

cenderamata :)

karya :)

karya 2 :)

us :))


Boria :)

assalamualaikum..

hye semua.. kali ni aku nak share tentang kenanganku semasa majlis Minggu Mesra Pelajar.. aku dan juga sahabat aku yang lain, mengambil bahagian dalam pertandingan boria... kenangan yang aku xboleh aku lupa apabila kene hafal step boria dan juga mengatasi perasaan gementar.. yela, first time buat persembahan di atas pentas di DECTAR.. seriously time tu rase bangga giler as penghuni KOLEJ BURHANUDDIN HELMI... kenangan tu xkan aku lupakan.. selain tu, melalui pertandingan ini juga aku dapat mengenali kawan-kawan aku dengan lebih akrab serta mengetahui senior-senior ku.. (yela, baru minggu mmp kan) 
sweet giler bile teringatkan moment tu..

we ROCKS!!
SECOND place ^^

Thursday, 16 May 2013

EKSPRESI MAHASISWA

moh la kita bersama-sama memeriahkan program ini ^^
PROJEK ini merupakan satu landasan bagi menonjolkan bakat mahasiswa dalam bidang kepimpinan, kemasyarakatan, kebolehpasaran, dan memupuk semnagat perpaduan dalam kalangan mahasiswa, khususnya, serta memberi kemahiran generik yang diperlukan untuk menjadi graduan universiti yang bermutu serta berdaya saing pada masa hadapan.
Ia berlangsung pada 23 - 26 MEI 2013.
pelbagai aktiviti yang dianjurkan yang mampu menarik minat para mahasiswa dari seluruh pelusuk Malaysia amnya.
Antaranya
Siswa Corner
REVOC Cybergame Tounament
IPT Booth Challenge
Isu Kemanusiaan
Pencarian Gadis Jelita REVOC
REVOC Battle Dance'13




You!



 Did u, or didn't u noticed, when u want try something new, someone else will keep said "u cant do this, u cant do that, its up to u, i'm sure u can't" Are u?
hmmm... the most important is that the strength in the inside... u must keep try and try although there will be someone will make u down.. whether it works or not, let it be... the important is, u have tried ur best and never give up AND u have show them, u can do it!



i'm back!

assalamualaikum..

Wahhhh.. terasa rindu hendak mengarang.... ok, hari nie aku nak berkongsi ttg cerita aku di UKM (owh u terCINTA ku) krik2..~~~
hahahah.. sebenarnya, kehidupan aku kat sini semakin menyeronokkan... yang paling penting, aku dapat belajar benda-benda baru, jumpa orang baru dan yang paling penting dapat pengalaman yang baru...
seyezly, masa pertama kali aku jejak kaki kat sini, aku rase life kat u susah sgt.. susah nak adopt dengan persekitaran, cara nak bergaul dengan org n sebagainya...
tapi sebenarnya, semua tu xsusah.. asalkan yakin pada diri dan jangan mudah putus asa ( kata-kata yang khas aku tujukan pada diri aku sendiri)
tu je la kot setakat nie.. Chaiyok2.. 
More to comes in the future!

Sunday, 21 April 2013

mail merge

assalamualaikum :))

hya, kali nie aku nak share tentang macam mana nak buat mail merge... (ikut stail aku) heheheh...

cara-caranya :))

1. kumpul data melalui microsoft excel > save


2. open document yang hendak di mailmerge kan

3. tab mailing > start mail merge > letters


4. select recipients > use existing list > insert document ( Microsoft excel )


5. insert mail merge > masukkan dekat tempat nk dimergekan > preview




5. SAVE :))

Thursday, 18 April 2013

Resepi #3

assalamualaikum :))

hye :)) kali nie, aku share tentang cara nak buat kek pulak... iaitu KEK BATIK... (yang simple jer)..




Bahan-bahan :))

satu bungkus biskut marie (original flavour)
3/4 butter
satu bungkus milo kecil
serbuk cokelat

Cara membuat :))
1. Panaskan kuali dengan api yang paling kecil.
2. Masukkan butter tadi sehingga cair.
3. Masukkan milo dan gaul sehingga sebati.
4. Kemudian, masukkan biskut marie yang telah dipecah-pecahkan.
5. Gaul sehingga sebati dan masukkan serbuk cokelat sekiranya mahukan hasil yang lebih pekat.
6. Setelah sebati, masukkan ke dalam bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk.

Nota tambahan :))
1. Pastikan api sentiasa dalam keadaan yang paling kecil.
2. Jangan masukkan sedikit air pon ke dalam ramuan.
3. Jangan masak terlalu lama.



cara buat header

assalamualaikum.. hye korang :))

kali ni, aku nak share tutorial tentang macam mana nak buat header dalam blog... senang jer, dan aplikasi yang aku guna, PhotoScape...

cara-caranya :

1. pilih aplikasi PhotoScape > editor > menu
2. new photo > masukkan width = 850, height = 270 >OK


3. object (masukkan butir2 yg diingini) cth, pict, text, etc


4. SAVE :))

siap :)



Tuesday, 16 April 2013

Satu post, dalam satu page

assalamualaikum...

ok, ari ni, aku nak kongsi sedikit tentang tutorial mengenai cara mengedit blog... (xterer pon, juz baru belajar and nak share dengan korang)... 

k, selalu yer kita nampak banyak entry dalam satu pages kan, so kali nie tutorial aku mengenai macam mana nak edit juz 1 entry sahaja dalam 1 page.... 

caranya :))

1. log in > dashboard > setting

2. pilih post and comments

3. pastu pergi dekat show at most


4. SAVE (simple kan) :))


Resepi #2

assalamualaikum :))

hye, jumpa lagi :)) so, hari nie aku nak share lagi satu resepi... simple jugak :) (buat apa nk complicated kan) resepi yer, AYAM GORENG KICAP...

Bahan-bahan :))
beberapa ketul ayam (siap digoreng)
bawang besar
cili hijau / cili padi
sos tiram
kicap manis
sedikit air

Cara-cara :))
1. Panaskan minyak didalam kuali.
2. Masukkan bawang besar dan goreng sehingga naik bau.
3. Masukkan sedikit air, sos tiram serta kicap manis sebagai perasa.
4. Masukkan ayam yang telah siap digoreng ke dalam kuali.
5.  Masukkan cili hijau / cili padi.
6. Goreng sehingga perasa tersebut sebati dengan ayam.
7. Tutup api dan SIAP!!




Monday, 15 April 2013

Resepi #1

assalamualaikum :) 
hye :)well, kali ni post, aku nak share satu resepi yang simple jer...
KUBIS GORENG SOS TIRAM..
k, baru-baru ni, aku cuti midsem.. so dekat rumah la aku curahkan 'bakat terpendam' aku.. hehehehe.... 

so, lets start :))

bahan-bahannya :))
1/2 kubis, yang telah dipotong
2 biji bawang merah
2 biji bawang putihsotong/ udang
sedikit cili giling (cilibow)
sos tiram
sedikit air
Cara memasak :))
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dipotong sehingga naik bau.
3. Masukkan sedikit cili giling dan kemudian, masukkan air beserta sotong ataupun udang tadi.
4. Kemudian, masukkan sedikit sos tiram sebagai perasa.
5. Masukkan sayur kubis dan goreng sehingga sayur tersebut, sebati dengan perasa tadi.
6. tutup api dan SIAP.
#simple kan??? :))


Friday, 29 March 2013

hobi :)

assalamualaikum...

kali nie post, aku nk cerita sikit tentang minat o, hobi aku...
sebenarnya, aku suka edit gambar... gambar yang simple2 jer....
dan yg alat atau web yg aq selalu guna utk edit gambar adalah 'PHOTOBUCKET dan PHOTO SCAPE'
im still new in dis thing... so, aku suka giler kalau ade org ajar aku ^^

selain itu, boleh jugak edit gambar melalui aplikasi lain.. antaranya :
  • GIMP
  • Paint.NET
  • Photo Pos Pro
  • Photobie
  • Artweaver 3.0
  • Firealpaca
  • GimpShop
  • PixBuilder Studio
  • PhotoPad Photo Editor

ini salah satu gambar yg aq edit, take a look... 

#gmbr nie aku edit untuk logo kumpulan aku
subjek : pembangunan diri 1 :)




nie pulak gambar salah seorang alumni aku, edit... 
tempat: KMPK