hye, aku nak cerita sedikit tentang program yang telah aku sertai iaitu "Ekspresi Mahasiswa" anjuran Kolej Burhanuddin Helmi bersama Majlis Belia Sukan..
pelbagai aktiviti dan program yang berjaya menarik minat para generasi muda mahupun tua menyertainya.. Antara program yang ada adalah Siswa Corner, IPT Booth Challenge, Pencarian Gadis Jelita REVOC, REVOC Battle Dance, Isu kemanusiaan dan banyak lagi... memang hari yang menyeronokkan dan meletihkan.. huhuhhuuh...
23 Mei 2013 - para sekretariat bergerak ke tapak program untuk menyusun dan melihat tapak (hanya sebahagian sekretariat yang terlibat).
24 Mei 2013 - para sekretariat bergerak semula ke tapak seawal 7 pg bersama 'bantal busuk' dan beg masing-masing (sebab kena tido sana)... seawal 8 pg telah memulakan acara dengan senamrobik, diikuti aktiviti isu kemanusiaan dan disambung pada waktu malam iaitu perasmian "Perasmian Perkampungan Warna - Warni" yang dirasmikan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia Malaysia.. majlis tamat pada pukul 12 tgh malam..
25 Mei 2013 - para sekretariat memulakan aktiviti dengan bersarapan.. heheheh... kemudian program Siswa Corner dan diikuti REVOC Battle Dance... Hari yang banyak pengunjung dan berasa teruja apabila mereka mengunjingi booth - booth kami...
26 Mei 2013 - hari kemuncak bagi Ekspresi Mahasiswa.. pelbagai aktiviti yang telah diaturkan dan dimulakan dengan senamrobik.. kemudian dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan Seni Jalanan (buat kolem) dan kumpulan Pokok inspirasi.... semasa aktiviti ini berlangsung, REVOC Battle Dance final turul berlangsung... pelbagai keletah, kerenah yang dapat dijumpai..
Rumusan - ia merupakan satu aktiviti yang dapat mengekpos para mahasiswa/i kepada dunia luar serta tanggungjawab mereka terhadap masyarakat.
![]() |
| peserta Pencarian Gadis Jelita ^^ |
![]() |
| Isu Kemanusiaan - flashmob besar-besaran ^^ |
![]() |
| malam perasmian Perkampungan Warna-Warni ^^ |
![]() |
| Isu Kemanusiaan - kolam terbesar ^^ |
![]() |
| senamrobik ^^ |
![]() |
| sebahagian para sekretariat ^^ |
































