Thursday, 30 May 2013

Pembentangan POWER POINT- Episode 1

assalamualaikum..

Post kali ini aku nak cerita tentang pembentangan yang perlu dilakukan dalam tugasan power point dalam subjek aplikasi komputer. Pada hari kejadian hanya ada 2 kumpulan sahaja yang bentang iaitu kumpulan aku ( kumpulan 12) dan kumpulan 2 ( team jijah).

Masa mula masuk makmal komputer aku da 'start' kelam-kabut.. hahahha... sebab datang lambat ke kelas.. sampai je, tgk dieorg siap beratur nak masukkan hasil kerja dieorg dekat komputer depan.. Maka dgn itu, hahahahhaha aku pon ape lagi bertambah kelam kabut la dengan en azzwan siap 'counting time' lagi.. huhuhuh...

Bila da selesaikan masukkan hasil kerja kiteorg, mulalah proses cabutan undi.. Jeng Jeng Jeng.... "KUMPULAN 12"!!! terkejut teman.. da la baru lepas lega dari kelam kabut tetibe kumpulan pertama pulak yang bentang.. hahahaha... memang hari yang 'paling terindah'... So, kiteorg pergi ke depan dan bentang la tentang tugasan kami iaitu yang bertajuk "Pantang Larang dalam Masyarakat Kaum Melayu, Cina dan India". kiteorg pilih tajuk ni sebab tidak semua orang tahu tentang pantang larang yang wujud dan ini dapat menarik minat kawan-kawan kiteorg yang lain untuk mendengar pembentangan kami..

ok, dengan lafaz 'bismillahhirrahmanirrahim' aku pon mula la pembentangan... memang gabra.. hahah.. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar kecuali video kumpulan kiteorg xde bunyi.. hahahah.. memang 'lawak'... Maka disebabkan itu, hanya 2 kumpulan sahaja yang bentang.. lagi satu kumpulan, aku share dalam post seterusnya ^^

Sedikit informasi Pantang Larang :

  • tujuan - didik masyarakat untuk menerapkan nilai murni dalam kehidupan seharian.
  • perbezaan pantang larang Melayu dan India - pantang larang kaum Melayu hanyalah sebuah pembohongan dimana ia dilakukan supaya masyarakat melakukan perkara yang disarankan daripada melakukan perkara yang dicegah manakala pantang larang kaum India, ia adalah sesuatu perkara yang benar dimana sekiranya seseorang melakukan perbuatan tersebut maka perkara buruk akan berlaku kepadanya.
  • contoh pantang larang kaum Cina - no 6 & 8 yang membawa tuah dan no 4 yang membawa malang.
# to be continued....

No comments:

Post a Comment