Showing posts with label story (:. Show all posts
Showing posts with label story (:. Show all posts

Thursday, 30 May 2013

Laporan Ekspresi Mahasiswa '13

assalamualaikum ^^

hye, aku nak cerita sedikit tentang program yang telah aku sertai iaitu "Ekspresi Mahasiswa" anjuran Kolej Burhanuddin Helmi bersama Majlis Belia Sukan..

pelbagai aktiviti dan program yang berjaya menarik minat para generasi muda mahupun tua menyertainya.. Antara program yang ada adalah Siswa Corner, IPT Booth Challenge, Pencarian Gadis Jelita REVOC, REVOC Battle Dance, Isu kemanusiaan dan banyak lagi... memang hari yang menyeronokkan dan meletihkan.. huhuhhuuh...

23 Mei 2013 - para sekretariat bergerak ke tapak program untuk menyusun dan melihat tapak (hanya sebahagian sekretariat yang terlibat).

24 Mei 2013 - para sekretariat bergerak semula ke tapak seawal 7 pg bersama 'bantal busuk' dan beg masing-masing (sebab kena tido sana)... seawal 8 pg telah memulakan acara dengan senamrobik, diikuti aktiviti isu kemanusiaan dan disambung pada waktu malam iaitu perasmian "Perasmian Perkampungan Warna - Warni" yang dirasmikan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia Malaysia.. majlis tamat pada pukul 12 tgh malam..

25 Mei 2013 - para sekretariat memulakan aktiviti dengan bersarapan.. heheheh... kemudian program Siswa Corner dan diikuti REVOC Battle Dance... Hari yang banyak pengunjung dan berasa teruja apabila mereka mengunjingi booth - booth kami...

26 Mei 2013 - hari kemuncak bagi Ekspresi Mahasiswa.. pelbagai aktiviti yang telah diaturkan dan dimulakan dengan senamrobik.. kemudian dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan Seni Jalanan (buat kolem) dan kumpulan Pokok inspirasi.... semasa aktiviti ini berlangsung, REVOC Battle Dance final turul berlangsung... pelbagai keletah, kerenah yang dapat dijumpai..

Rumusan - ia merupakan satu aktiviti yang dapat mengekpos para mahasiswa/i kepada dunia luar serta tanggungjawab mereka terhadap masyarakat.

peserta Pencarian Gadis Jelita ^^

Isu Kemanusiaan - flashmob besar-besaran ^^

malam perasmian Perkampungan Warna-Warni ^^

Isu Kemanusiaan - kolam terbesar ^^

senamrobik ^^

sebahagian para sekretariat ^^

Us ^^

MALAM Merah Sedunia ^^

assalamualaikum :)

hye, post kali ni aku nak berkongsi mengenai satu malam yang dikenali 'malam merah sedunia'.... Jeng Jeng Jeng.. xla, sebenarnya, pada 23 Mei 2013 yang lalu, kolej aku telah menganjurkan majlis makan malam (or other words dinner) di Hotel Equatorial, Bangi... masa aku sampai, semua berpakaian merah, (coz tema dia merah) heheheh....

pemandangan, suasana tempat tersebutmemang cantik dan selesa.. rasa xnak balik jer... so, lepas aku sampai, aku bersahama sahabat "Js" aku pon pergi la mendaftar... macam2 'hair style', fesyen yang ada... tetapi disebabkan kekangan masa yang ada, aku n "Js" semua hanya berpakaian ala kadar, orang kata, cukup syarat ^^ huhu... coz pada minggu tersebut kami sibuk dengan aktiviti yang diaturkan...

second time pergi dinner, rasa teruja itu masih ada...(first time at matric).... seronok dapat mengenali ahli burhanese yang lain dengan lebih rapat DAN PALING PENTING, makanan kat situ sedap!!!!

apabila tiba cabutan bertuah, no aku naik... wahhhhhh 'happy' sgt... tp bukan aku naik, kawan aku yg naik =.= sebab dia extraordinary teruja daripada aku.. hahahahahha.... apa pon, aku dapat melupakan keletihan aku sebentar pada hari kejadian.. thanx semua... harap berjumpa lagi tahun hadapan ^^

us ^^

(5 - 2) Js

sebelum keberangkatan pulang ^^

ICAF '13

assalamualaikum...

Untuk pengetahuan semua, pada pertengahan bulan Mei yang lalu, kolej aku telah mengambil bahagian dalam ICAF '13 (Inter-college Arts Festival) dimana ia mempertandingkan segala aktiviti kebudayaan khususnya...

Antara pertandingan yang ada adalah nasyid, teater, perarakan masuk, tarian, band dan sebagainya... untuk makluman dan saja nak bagitahu, kelab TEKAD (sebuah kelab teater) di Kolej Burhanudin Helmi yang tercinta, telah hampir mengondol semua 'awards' dalam pertandingan teater serta dalam lain-lain pertandingan..

seriously, bila teringat balik, kenangan ketika sama - sama kena marah dan sebagainya membuatkan perasaan seronok dalam melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini.. Kelab TEKAD ni macam sebuah famili kecil aku disini dimana ada kakak serta abg senior yang sangat sporting ^^ Masa hari kejadian, kami berjaga sehingga pukul 5 pagi berlatih dan berkumpul semula pada pukul 10 untuk 'setup' barang di Panggung Seni.. memang penat bertambah letih..

Namun segala penat lelah kami membuahkan hasil...

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Pelakon Lelaki Terbaik
Pelakon Wanita Terbaik
Skrip Terbaik
Pengarah Terbaik
dan...
JOHAN TEATER

Lain - lain pertandingan adalah 

Naib Johan Perarakan Masuk
'Make up' Terbaik 

tahniah ^^
para pelakon

The Awards ^^

Pelakon Wanita dan Lelaki Terbaik ^^

Our tiny family ^^

us :))

#pengalaman yang diperoleh hanyalah sekali dalam seumur hidup, maka nikmatilah ia selagi boleh :))


Pembentangan POWER POINT- Episode 1

assalamualaikum..

Post kali ini aku nak cerita tentang pembentangan yang perlu dilakukan dalam tugasan power point dalam subjek aplikasi komputer. Pada hari kejadian hanya ada 2 kumpulan sahaja yang bentang iaitu kumpulan aku ( kumpulan 12) dan kumpulan 2 ( team jijah).

Masa mula masuk makmal komputer aku da 'start' kelam-kabut.. hahahha... sebab datang lambat ke kelas.. sampai je, tgk dieorg siap beratur nak masukkan hasil kerja dieorg dekat komputer depan.. Maka dgn itu, hahahahhaha aku pon ape lagi bertambah kelam kabut la dengan en azzwan siap 'counting time' lagi.. huhuhuh...

Bila da selesaikan masukkan hasil kerja kiteorg, mulalah proses cabutan undi.. Jeng Jeng Jeng.... "KUMPULAN 12"!!! terkejut teman.. da la baru lepas lega dari kelam kabut tetibe kumpulan pertama pulak yang bentang.. hahahaha... memang hari yang 'paling terindah'... So, kiteorg pergi ke depan dan bentang la tentang tugasan kami iaitu yang bertajuk "Pantang Larang dalam Masyarakat Kaum Melayu, Cina dan India". kiteorg pilih tajuk ni sebab tidak semua orang tahu tentang pantang larang yang wujud dan ini dapat menarik minat kawan-kawan kiteorg yang lain untuk mendengar pembentangan kami..

ok, dengan lafaz 'bismillahhirrahmanirrahim' aku pon mula la pembentangan... memang gabra.. hahah.. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar kecuali video kumpulan kiteorg xde bunyi.. hahahah.. memang 'lawak'... Maka disebabkan itu, hanya 2 kumpulan sahaja yang bentang.. lagi satu kumpulan, aku share dalam post seterusnya ^^

Sedikit informasi Pantang Larang :

  • tujuan - didik masyarakat untuk menerapkan nilai murni dalam kehidupan seharian.
  • perbezaan pantang larang Melayu dan India - pantang larang kaum Melayu hanyalah sebuah pembohongan dimana ia dilakukan supaya masyarakat melakukan perkara yang disarankan daripada melakukan perkara yang dicegah manakala pantang larang kaum India, ia adalah sesuatu perkara yang benar dimana sekiranya seseorang melakukan perbuatan tersebut maka perkara buruk akan berlaku kepadanya.
  • contoh pantang larang kaum Cina - no 6 & 8 yang membawa tuah dan no 4 yang membawa malang.
# to be continued....

Sunday, 19 May 2013

Kembara Visual

assalamualaikum :)

hye :) akhirnya aku dapat menjejakkan kaki ke studio gempak starz.. seriously memang bez giler.. dekat situ, kami diperkenalkan kepada seorg 'tour guide' kami sepanjang program ini berlangsung... memang happening jer... kami mulakan operasi 'penjelajahan' kami dengan memasuki studio dimana mereka memaparkan karya-karya bagi pelukis dari syarikat mereka sendiri.. contohnya, KEITH, ZINT, KOURU dan sebagainya.. 
kemudian adalah slot kegemaran aku, SHOPPING!! memang murah kowt kalau beli komik dari studio ia sendiri.. setelah penat membeli belah (konon~), akhir sekali adalah slot bersama pelukis mereka.. yang free time tu adalah KEITH dan KOURU.. 
KEITH!!! aku suka giler karya keith.. contohnya LAWAK KAMPUS.. so, bagi penggemar komik, (aku la tu) tidak melepas peluang untuk mendapatkan tandatangan mereka.. memang peramah juga kan :) thanx korang :)

cenderamata :)

karya :)

karya 2 :)

us :))


Boria :)

assalamualaikum..

hye semua.. kali ni aku nak share tentang kenanganku semasa majlis Minggu Mesra Pelajar.. aku dan juga sahabat aku yang lain, mengambil bahagian dalam pertandingan boria... kenangan yang aku xboleh aku lupa apabila kene hafal step boria dan juga mengatasi perasaan gementar.. yela, first time buat persembahan di atas pentas di DECTAR.. seriously time tu rase bangga giler as penghuni KOLEJ BURHANUDDIN HELMI... kenangan tu xkan aku lupakan.. selain tu, melalui pertandingan ini juga aku dapat mengenali kawan-kawan aku dengan lebih akrab serta mengetahui senior-senior ku.. (yela, baru minggu mmp kan) 
sweet giler bile teringatkan moment tu..

we ROCKS!!
SECOND place ^^

Thursday, 16 May 2013

i'm back!

assalamualaikum..

Wahhhh.. terasa rindu hendak mengarang.... ok, hari nie aku nak berkongsi ttg cerita aku di UKM (owh u terCINTA ku) krik2..~~~
hahahah.. sebenarnya, kehidupan aku kat sini semakin menyeronokkan... yang paling penting, aku dapat belajar benda-benda baru, jumpa orang baru dan yang paling penting dapat pengalaman yang baru...
seyezly, masa pertama kali aku jejak kaki kat sini, aku rase life kat u susah sgt.. susah nak adopt dengan persekitaran, cara nak bergaul dengan org n sebagainya...
tapi sebenarnya, semua tu xsusah.. asalkan yakin pada diri dan jangan mudah putus asa ( kata-kata yang khas aku tujukan pada diri aku sendiri)
tu je la kot setakat nie.. Chaiyok2.. 
More to comes in the future!

Friday, 29 March 2013

hobi :)

assalamualaikum...

kali nie post, aku nk cerita sikit tentang minat o, hobi aku...
sebenarnya, aku suka edit gambar... gambar yang simple2 jer....
dan yg alat atau web yg aq selalu guna utk edit gambar adalah 'PHOTOBUCKET dan PHOTO SCAPE'
im still new in dis thing... so, aku suka giler kalau ade org ajar aku ^^

selain itu, boleh jugak edit gambar melalui aplikasi lain.. antaranya :
  • GIMP
  • Paint.NET
  • Photo Pos Pro
  • Photobie
  • Artweaver 3.0
  • Firealpaca
  • GimpShop
  • PixBuilder Studio
  • PhotoPad Photo Editor

ini salah satu gambar yg aq edit, take a look... 

#gmbr nie aku edit untuk logo kumpulan aku
subjek : pembangunan diri 1 :)




nie pulak gambar salah seorang alumni aku, edit... 
tempat: KMPK


Tuesday, 12 March 2013

tidak ternilai

MAK ABAH :)


setiap insan yang lahir didunia ini mempunyai ibubapa... ibubapalah yang menjaga serta mendidik kita sehingga besar.. maka, ibubapa merupakan harta yang paling tidak ternilai harganya didunia ini. 

segala pengorbanan yang taburkan sukar untuk kita membalas, oleh itu hargailah mereka selagi mereka ada :))

  • sayang mereka
  • hormat serta taatilah mereka
  • jaga mereka
  • belajar bersungguh-sungguh 
  • layanan yang baik
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah."

(Surah Al-Ahqaf, ayat 15)


didikanmu mengukir pelbagai warna,
keringatmu membanting segala usaha,
 renunganmu memenuhi seluruh ruang dunia,menanti kejayaan permata dijiwa..
menggadaikan masa dan ketika, 
penat lelah mengasuhku sebagai insan berguna...

thanx mak, abah :))





1MKBH ^^

assalamualaikum w.b.t.... :)

untuk pengetahuan semua, pada 1-3 mac 2013 yg lalu, kolej tercintaku, KOLEJ BURHANUDDIN HELMI :), telah mengadakan sebuah program yang bertajuk 

1MKBH,(Indulge in Memories)..

n me, memegang jawatan sebagai ajk kenduri...

seyezly, memang pnt dr awal hingga akhir, kami uruskan... plus, aku juga involve dalam persembahan untuk program ini juga.. bertambah-tambah la penat yer... pape pon, masa ni la aku berpeluang belajar menguruskan hal-hal berkaitan kenduri termasuklah  persandingan  3 buah kaum yg utama di malaysia :) di sini, aku selitkan beberapa gmbr yg berkaitan dengan program ini untuk tatapan anda ^^


*poster 1MKBH

*poster bagi program KENDURI

*pengantin yang diraikan


*persembahan TEKAD ^^
*as always : photo of ME :p


Tuesday, 26 February 2013

BB1M

tempat : berhadapan pejabat PMUKM
tarikh : 22 feb 2013
waktu : 9 pg hingga 9 mlm

pemberian BB1M di UKM telah diadakan pada hari jumaat yang lalu...pemberian ini dilakukan untuk meringankan beban dalam pembelian buku pengajian disamping memupuk semangat suka membaca dalam kalangan masyarakat... ^^


mulai sesak dari pukul 9pagi


*pesta buku yang diadakan


ayuh membaca!


*muka bahagia dapat duit free (:


thnx for the baucar <3


Sunday, 24 February 2013

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM :))

Assalamualaikum wbt...



untuk pengetahuan semua, sem 2 ku baru bermula pada selasa yang lalu (sebab isnin takde kelas) ^^
suasana yang baru, kawan kelas yang baru, pensyarah yang baru dan semestinya, esaigment yang baru!!!
xpe-xpe, sabar hati <3 
ambil cabaran itu sebagai satu langkah untuk ke hadapan..